BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 17, 2009

Sajak Cinta Saintifik

Di hening senja merah terasa,

Haba sinarmu meyakinkan reseptor,

Aku lantas terlupa pada suatu bicara,

Yang terukir pada spektrum-spektrum duka.


Aku tertanya apakah ini fakta atau data?

Dan fokusmu tetap berkala kiranya imejmu tetap maya,

Julat masa menapak jua,

Lokusmu dan lokusku berlainan irama.


Aku dengan kesentrikanku,

Dan kau dengan paksi-paksimu,

Namun di suatu persilangan wujudnya suatu pertemuan,

Di sudut yang tirus bersemi tangen-tangen kerinduan.


Mungkin di suatu pepenjurumu Zie,

Harapan yang terbias bersamamu itu cinta,

Atau edarannya hanya separuh hayat jua,

Aku yakin keterampilanmu mengancam maksima,

Aku yakin keanggunan senyumanmu bisa mengeluarkanku,

Dari alam kamiran ke dunia pembezaanmu.


Biar mentari berkecai mengguris luka,

Biarkan sains dan teknologi canggih menagih masa dan usia,

Namun cinta ini akan ku hibernasi di sudut hati,

Dan Zie kau mangkin kita cinta sejati.


- Prof Madya Hj Md Izuddin-

Monday, August 3, 2009

KEUTAMAAN & KELEBIHAN MEMBACA AL QUR`AN





Dari Abu Musa Al-Asy`arit berkata, Rasulullah bersabda: "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al Qur`an bagaikan buah limau baunya harum dan rasanya lezat. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al Qur`an bagaikan kurma, rasanya lezat dan tidak berbau. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Qur`an bagaikan buah raihanah yang baunya harum dan rasanya pahit, dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Qur`an bagaikan buah hanzholah tidak berbau dan rasanya pahit." Muttafaqun `Alaihi.

Merupakan suatu kewajiban bagi seorang muslim untuk selalu berinteraksi aktif dengan Al Qur`an, dan menjadikannya sebagai sumber inspirasi, berpikir dan bertindak. Membaca Al Qur`an merupakan langkah pertama dalam berinteraksi dengannya, dan untuk mengairahkan serta menghidupkan kembali kegairahan kita dalam membaca Al Qur`an, kami sampaikan beberapa keutamaan membaca Al Qur`an sebagai berikut :

1. Manusia yang terbaik

Dari `Utsman bin `Affan, dari Nabi bersabda : "Sebaik-baik kalian yaitu orang yang mempelajari Al Qur`an dan mengajarkannya." H.R. Bukhari.

2. Dikumpulkan bersama para Malaikat.

Dari `Aisyah Radhiyallahu `Anha berkata, Rasulullah bersabda : "Orang yang membaca Al Qur`an dan ia mahir dalam membacanya maka ia akan dikumpulkan bersama para Malaikat yang mulia lagi berbakti. Sedangkan orang yang membaca Al Qur`an dan ia masih terbata-bata dan merasa berat (belum fasih) dalam membacanya, maka ia akan mendapat dua ganjaran." Muttafaqun `Alaihi.

3. Sebagai syafa`at di Hari Kiamat.

Dari Abu Umamah Al Bahili t berkata, saya telah mendengar Rasulullah bersabda : "Bacalah Al Qur`an !, maka sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai syafaat bagi ahlinya (yaitu orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya)." H.R. Muslim.

4. Ladang pahala.

Dari Abdullah bin Mas`ud t berkata, Rasulullah e : "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah (Al Qur`an) maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan akan dilipat gandakan dengan sepuluh kali lipat. Saya tidak mengatakan "Alif lam mim" itu satu huruf, tetapi "Alif" itu satu huruf, "Lam" itu satu huruf dan "Mim" itu satu huruf." H.R. At Tirmidzi dan berkata : "Hadits hasan shahih".

5. Kedua orang tuanya mendapatkan mahkota surga

Dari Muadz bin Anas , bahawa Rasulullah bersabda : "Barangsiapa yang membaca Al Qur`an dan mengamalkan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan mengenakan mahkota kepada kedua orangtuanya pada Hari Kiamat kelak. (Dimana) cahayanya lebih terang dari pada cahaya matahari di dunia. Maka kamu tidak akan menduga bahwa ganjaran itu disebabkan dengan amalan yang seperti ini. " H.R. Abu Daud.

Sunday, July 12, 2009

F.R.I.E.N.D.S

Kawan

Kawan bertahun kita bersama,
Bagai semalam baru bersua,
Kawan di hadapan oh indahnya,
Kita bersama berkelana.

Namun kita jauh Di dunia sendiri,
Bekalan sendiri Impian sendiri,
Meskipun jauh namun Kita tetap bersama,
Dek ruang yang Memisahkan kita.

Kawan hidup ini Umpama langit,
Yang tidak selalu cerah,
Kawan hidup ini Umpama awan,
Yang tidak selalu putih.

Ingatlah bintang-bintang di langit,
Takkan terus berkelipan,
Ingatlah pelangi yang indah,
Pasti akan hilang.

Kawan jangan biarkan dirimu Umpama rama-rama,
Cantik namun akhirnya Menjadi perhiasan di dinding,
Kawan jangan biarkan dirimu Umpama lipan dan kala,
Berbisa namun akhirnya Menjadi perhiasan di meja tulis.

Oh kawan jadilah seperti si matahari,
Membakar diri demi insan sejagat,
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama,
Menerangi malam yang gelap gelita.

Menunjukkan jalan,
Demi umat semesta,
Menunjukkan jalan,
Demi umat semesta.

Thursday, July 9, 2009

Menanti di Barzah

Menanti di Barzah

Ku merintih.... aku menangis...
Ku meratap... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula...
Agar dapat kembali... ke dunia nyata.

Perjalanan untuk... melengkapi sebuah kembara...
Singgah di rahim Bonda... sebelum menjejak ke Dunia...
Menanti di Barzah... sebelum berangkat ke Masyar...
Diperhitung amalan... penentu Syurga atau sebaliknya.

Tanah yang basah... bewarna merah...
Semerah mawar... sejuta kuntum...
Tujuh langkah pun... baru berlalu...
Selesai Nakir bernada syahdu.

Tenang dan damai... di pusaraku...
Nisan batu... menjadi tugu...
Namun tak siapa pu tahu resah...
penantianku.

Terbangkitnya aku... dari sebuah kematian...
Seakan ku dengari... tangis mereka yang ku tinggalkan...
Kehidupan di sini... bukan satu hayalan...
Tetapi ia sebenar... kejadian.

Kembali oh kembali... kembalilah e dalam diri..
Sendirian sendiri... sendiri bertemankan sepi...
Hanya kain putih... yang membalut di tubuhku...
Terbujur dan kaku... jasad di dlam keranda kayu.

Ajal yang datang... di muka pintu..
Tiada siapa yang... memberitahu...
Tiada siapa yang... dapat hindari...
Tiada siapa yang... terkecuali.

Lemah jemari... nafas terhenti...
Tidak tergambar... sakitnya mati...
Cukup sekali... tak sanggup untuk...
Ku mengulangi.

Jantung... berdegup kencang...
Menantikan... malaikat datang...
Menggigil... ketakutan...
Gelap pekat... dipandangan.

Selama ini diceritakan kini aku merasakan...
Di alam Barzah jasad dikebumikan.

Ku merintih.... aku menangis...
Ku meratap... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula...
Agar dapat kembali... ke dunia nyata.

Wednesday, May 6, 2009

XPDC Gunung Tahan

Hampir 2 minggu lagi aku dan rakan2 yang lain akan mengikuti satu lagi xpdc iaitu ke Gunung Tahan. Sebenarnya xpdc kali ini amat aku nantikan kerana Gunung Tahan merupakan salah satu gunung G7...

Aku menjangkakan yang Gunung Tahan menjadi G7 pertama aku selepas 1 tahun aku berada dalam kelab ini. Namun, walaupun persiapan semakin rancak dilakukan...aku pula yang menghadapi masalah.

Malam semalam aku mendapat tahu yang Bonda ak sedang sakit dan dimasukkan ke wad sudah hampir 4 hari. Semalaman aku tidak dapat tidur memikirkan keadaan Bondaku dan rakan2 ku di SRCUTM.

Hari ini aku mendapatkan pendapat daripada rakanku iaitu Lina & John. Ternyata mereka sangat prihatin terhadap kebajikan rakan2. John Mengingatkan aku supaya pulang ke kampung untuk melihat keadaan Bondaku kerana sesungguhnya Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Jadi, aku membuat keputusan untuk balik ke kampung pada hari juamaat ni.

Sunday, May 3, 2009

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!


Dewan Sultan Idris, UTM, 03 Mei 2009 - Detik jam 1100 merupakan detik yang agak mengembirakan aku dan rakan2 yang lain. Hari ini merupakan hari terakhir aku bergelut dengan cabaran peperiksaan akhir semester 2 sesi 08/09 ini. Aku menyudahkan dengan se'perfect' yang mungkin.

Semua debaran selama hampir sebulan ini dilepaskan dengan menjawab kertas akhir iaitu psikologi pendidikan yang mana subjek yang agak sukar bagiku dan selama ini amat dibenci olehku. Tetapi syukur kehadrat Illahi kerana aku dapat menjawabnya. Begitu juga dengan subjek2 lain yang juga agak sukar.

Tetapi itu semua sudah tidak penting. Apa yang penting buat masa sekarang aku ingin pulang ke kampung halamanku untuk menemui Bonda dan Ayahandaku serta ahli keluargaku yang tercinta kerana sudah sekian lama aku tidak menatap wajah mereka 'face to face'.

Apa yang perlu dilakukan sekarang ini hanyalah berdoa semoga aku mendapat keputusan yang baik kerana dengan itu aku dapat mengembirakan kedua orang tuaku yang selalu menaruh harapan kepadaku.

Amin...

Wednesday, April 15, 2009

Wan Faqihah Harisa Binti Wan Hafizam (anak sedara aku yang baru...)



Assalamualaikum...

Setinggi2 tahniah d ucapkan kepada Wan Hafizam Bin W Jusoh dan isterinya yang telah selamat bergelar ayah dan ibu. Bayi yang comel (cam Pok Yie) ni nama dia Wan Faqihah Harisa lahir pada 6hb April 2009.
Kelahiran ni juga secara tidak langsung menambah seorang lagi anak saudaraku, menambah seorang lagi cucu ayah dan ibuku, menambah seorang lagi generasi Wan (hehehe...).Kepada Cik Long, Ayah ngah, ayah cik, teh, mok ju, cik mah, cik da n lain-lain....
tengoklah anak sedara kita yang baru...

PERHATIAN...
Hari jumaat ni 17hb april...abg Jang kate nak wat majlis cukur kepala anak ye kat kat Kelantan.

Sunday, April 5, 2009

Lawatan Ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang Kuantan


Assalamualaikum...

Ni nak story skit. Ni lah kali pertama aku menjejakkan kaki aku ke kem tentera laut diraja Malaysia...Peristiwa ni berlaku mase ak masih menuntut di Kolej Matrikulasi Pahang. Sangat best dapat kenal member baru n dapat tau pengalaman-pengalamanyang dialami oleh tentera kita semasa bertugas. Selain tu dapat tau pasal peralatan, maksud bendera, maksud kod, dll...
Kitorang gak berpeluang naik kapal perang KD Gempita n KD Pendekar.....

Panglima Memerintah Datuk Mohammad Kamal ada cakap yang kami bleh naik KLD iaitu Kapal Layar Diraja tapi kena apply lah...maksudnye kena wat surat-menyurat...

Aku syorkan korang lawatlah ke kem ni....

Sekian.......

Tuesday, February 10, 2009

Bengang!!!

Ari ni aku bengang giler....
ade sorang lecturer buat hal....
terbantut latihan kayak aku ari ni....
kompem kne pdg slek ngan bdak2 kayak laen....

Wednesday, February 4, 2009

Nasyid mase Hari pendidik 08

Hai...
cube teka yang mane satu aku....
hehehe...nanti dpt coki-coki...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

papan kenyataan

Murid-murid kesayangan

Selamat datang