BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 6, 2009

XPDC Gunung Tahan

Hampir 2 minggu lagi aku dan rakan2 yang lain akan mengikuti satu lagi xpdc iaitu ke Gunung Tahan. Sebenarnya xpdc kali ini amat aku nantikan kerana Gunung Tahan merupakan salah satu gunung G7...

Aku menjangkakan yang Gunung Tahan menjadi G7 pertama aku selepas 1 tahun aku berada dalam kelab ini. Namun, walaupun persiapan semakin rancak dilakukan...aku pula yang menghadapi masalah.

Malam semalam aku mendapat tahu yang Bonda ak sedang sakit dan dimasukkan ke wad sudah hampir 4 hari. Semalaman aku tidak dapat tidur memikirkan keadaan Bondaku dan rakan2 ku di SRCUTM.

Hari ini aku mendapatkan pendapat daripada rakanku iaitu Lina & John. Ternyata mereka sangat prihatin terhadap kebajikan rakan2. John Mengingatkan aku supaya pulang ke kampung untuk melihat keadaan Bondaku kerana sesungguhnya Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Jadi, aku membuat keputusan untuk balik ke kampung pada hari juamaat ni.

Sunday, May 3, 2009

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!


Dewan Sultan Idris, UTM, 03 Mei 2009 - Detik jam 1100 merupakan detik yang agak mengembirakan aku dan rakan2 yang lain. Hari ini merupakan hari terakhir aku bergelut dengan cabaran peperiksaan akhir semester 2 sesi 08/09 ini. Aku menyudahkan dengan se'perfect' yang mungkin.

Semua debaran selama hampir sebulan ini dilepaskan dengan menjawab kertas akhir iaitu psikologi pendidikan yang mana subjek yang agak sukar bagiku dan selama ini amat dibenci olehku. Tetapi syukur kehadrat Illahi kerana aku dapat menjawabnya. Begitu juga dengan subjek2 lain yang juga agak sukar.

Tetapi itu semua sudah tidak penting. Apa yang penting buat masa sekarang aku ingin pulang ke kampung halamanku untuk menemui Bonda dan Ayahandaku serta ahli keluargaku yang tercinta kerana sudah sekian lama aku tidak menatap wajah mereka 'face to face'.

Apa yang perlu dilakukan sekarang ini hanyalah berdoa semoga aku mendapat keputusan yang baik kerana dengan itu aku dapat mengembirakan kedua orang tuaku yang selalu menaruh harapan kepadaku.

Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

papan kenyataan

Murid-murid kesayangan

Selamat datang