BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 20, 2010

The End of The Semester II 09/10


Assalamualaikum w.b.t. kepada semua sahabat yang membaca blog ini. Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah SWT, tuhan sekelian alam dan semoga sejahtera dan dilimpahi ramat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Ku ingin memanjatkan kesyukuranku ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya aku masih berada disini dan diberi keizinan untuk menulis blog ini. Sedar tak sedar semester ke-4 ini telah berakhir. Dengan berakhirnya waktu menjawab soalan kertas yang terahir td iaitu pada pukul 11.15am menandakan tamatlah sesi pembelajaranku di UTM untuk semester ini.

Walaupun semester ini dipenuhi dengan tugasan yang melambak-lambak yang membuatkan aku 'down' tp sedar tak sedar semua itu sudah pun berakhir. Ada juga rasa marah kat lecturer sbb bg byk tugasan tp nak buat macam mana kena lah buat juga.hehehehe....

Apa-apapun aku ingin berterima kasih kat pesyarah-pensyarah yang sudi memberi tunjuk ajar, tidak lupa kepada rakan-rakan yang setia dan sedia untuk membantuku dalam memahami isi pelajaran. Khasnya aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabatku yang bernama Al-Amin, Jue, Bukhari, Q, Aina, Salwa, Fasehah, Syeri, Kak Suzie, Kak Saila, Kak Emma, Sudiana dan lain-lain yang tertinggal. Tanpamu siapalah aku di UTM ini...

Akhir kata, semoga kita semua mendapat keputusan yang baik dengan keizinan-Nya atas usaha yang telah kita lakukan sehingga ke hari ini. Amin ya Rabbal aalamin...Selamat balik kampung dan berjumpa dengan Ayahanda dan Bonda dan ahli keluarga yang tersayang....Selamat bercuti!!! (jgn lupa prepare untuk LM sem depan....huhuhuhu~~~)

Sunday, April 18, 2010

1) Benda 2nd yg anda bwat afta bangun tidow.
- menguap kot...hehehe
2) 3 perkara yg bwat anda hilang mood serta merta.
- ble tengok ada member yang bersedih.
- bila ngantuk sangat2...
- bila lwt lakukan perkara yg penting...

3) Apa yg ada dlm fikiran anda sekarang.
- lepas nie nak g makan.
- nak study tuk paper last..


4) Jika anda terjumpa seketul batu yg boleh bercakap n anda diberi 1 permintaan. Apa yg anda nk mintak?
-pergi jauh2, jgn kacau aku...
5) 5 fakta tentang gigi anda.
- pernah kena cabut entah bila tah..
- kena tampal juga...
- gigi aku ok je...
- gigi saya keras
- Gigi saya terbentuk dari Ca.

6) Secara jujurnya, anda penah mengumpat cekgu? ya/tidak,alasan.
-ya...hhehehe
- sbb macam...
7) Masakan ape yg anda teringin nk masak skrg nih.
-kari ayam....aku suka...

8) Jika anda adalah sejenis tumbuhan, what would u be?
- pokok durian..xde sape nak kacau....hakhakhak~~~
9) Rumah idaman anda.
- teres je...


10) 2 bnda yg anda bwat untuk hilangkan stress.
- solat then baca Al-Quran
- tidur...


12) tag 10 rakan yg laen.
-yani 

Sunday, April 11, 2010

Tulip

Assalamualaikum wbt.


Sorry sebab lame x update blog ni....al maklum lah busy ngan final exam. Ish3x....exam pun layan blog lagi aku nih....tapi xpe sebab ari ni aku nak shared skit pasal Bunga Tulip sebab aku dapat tahu yang ada seseorang yang minat sangat ngan bunga nih....hehehehe...identity dirahsiakan...

haa....ni lah dia bunga tulip....sebenarnya macam2 bentuk dan warna bunga tulip nih.....warna ijau, kunig, ungu dll lagi...bunga tulip ni ad sejarahnye yang tersendiri...

Pada mulanya, bunga tulip ni adalah tumbuhan yang hidup liar di kawasan Asia Tengah dan Asia Barat...tetapi keindahan bunga tulip yang berbunga di Belanda pada musim bunga dengan bentuk dan warnanya menawan hati sesiapa yang melihatnya. Jadi, Kerajaan Turki Uthmaniyah yang terpikat denga keindahan bunga tulip ini mula membudayakan bunga ini sejak tahun 1000...oleh kerana terlalu taksub dengan bunga ini, menjadikan permintaannya sangat tinggi yang menyebabkan ketidakseimbangan ekonomi dengan berlakunya TULIPMANIA.dan inilah salah satu punca kemnduran kerajaan Turki Uthmaniyah...Waallahualam..itu kisah serba sedikit tentang sejarah bunga ini....

Bunga tulip ni juga sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri selain kecantikannya. bunga ini dikatakan pempunyai khasiat untuk mengubati penyakit anemia, memar,kepekatan darah tidak normal, stagnasi darah, kanser darah, tekanan darah tinggi dan rendah,pendarahan dalaman,gangguan perjalanan darah, sakit punggung dan parasit dalam darah.

Sekian sahaja untuk hari ini...kalau ada apa-apa yang boleh ditambah lagi sila tinggalkan komen anda....

Wednesday, April 7, 2010

Exam Datang Lagi



Haa...ini lah dia jadual peperiksaan akhir semester II sesi 2009/2010. kalau kita tengok jadual tu, hari paper pertama aku start pada hari ini iaitu subjek BI...dan seterusnya yang lain2...aku harap aku dah cukup study dan segala usahaku diterima disisi-Nya dan diberikan balasan mengikut kehendak-Nya. Apa yang penting sekarang ni, aku kenalah berdoa banyak-banyak dan bertawakal memohon hanya kepada-Nya dan semestinya buat yang terbaik semasa peperiksaan berjalan...kepada rakan2ku semua, semoga kita semua dapat melakukan yang terbaik dalam peperiksaan akhir ini...semoga kita dilapangkan fikiran dan diterangkan hati oleh yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...Amin.

"Maka Kami memberikan pengertian kepada Sulaiman (tentang hukum yang lebih tepat) dan kepada masing-masing Kami berikan hikmah dan ilmu dan Kami tundukkan gunung-ganang dan burung-burung, semua bertasbih bersama Dawud. Dan Kamilah yang melakukannya."
                          -Surah Al-Anbiya' ayat 79-

Saturday, April 3, 2010

Tips Menjelang Exam



-waktu nak tidur:-

> ambil wudhu'
> pakai pakaian bersih
> baca surah al-mulk ayat 14 (7x)dan niatkan supaya ditunjukkan perkara penting dalam exam.

-nak mudah faham dan mudah hafal:-

> baca surah al-anbiya' ayat 79
> lepas baca quran, al-fatihah 7x, baca ya Qawi (Maha Kuat) 41x, ya Matin (Maha Sempurna Kuat) 41x.

~~~SELAMAT MENCUBA~~~

Berjumpa lagi...

Assalamualaikum buat sahabat semua...

Terlebih dulu nak mintak maaf sebab dah lame x update blog ni...sebenarnya terlupa password blog ni tambah-tambah dengan banyak assignment semester ni. Ini dah hujung-hujung semester barulah rase free sikit...

Insyaallah, untuk masa akan datang, blog ni akan memberikan anda info-info yang berguna...sekian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

papan kenyataan

Murid-murid kesayangan

Selamat datang