BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 21, 2010

Penat mencari...^^

Assalamualaikum wbt.


Kali ni aku nak share sedikit cerita yang tak berapa nak penting pun....tapi mungkin best gak kalau dibaca....hehehehe....

Emm...agak-agaknya kenapa laar aku penat mencari? dan apa yang aku cari? emm..menjadi tanda tanya nih...sebenarnya apa yang aku cari ialah sebuah buku yang sangat sangat sangat penting buat aku (bukan penting pun bagi korang semua)...hehehehe...




Buku apa? dan kenapa aku cari buku tu? Haaa~~~ itu memang tak penting untuk aku jawab... sebab... biarlah aku je yang tahu buku apa....dan comfirm laar buku tu untuk dibaca kan....takkan laar tuk disimpan sebagai kenang-kenangan pulak....


Tetapi  c e r i t a  yang aku nak c e r i t a kan kepada korang semua bukanlah c e r i t a yang dah aku c e r i t a kan kat korang....tapi c e r i t a tentang bagaimana aku cari buku tersebut...huh berapa banyak perkataan c e r i t a daa...


Em...hari pertama aku cari buku tu about a week ago...hari tu aku pegi 2 buah book store...tapi nampaknye belum rezki aku untuk dapat buku tu...

Hari kedua plak...aku pegi ngan adik aku cari buku dan tidak lupa sorang lagi ikut iaitu anak sedara aku yang baru berusia 2 tahun...(entah macam mana la aku bleh bawak dia)...bleh plak dia meraung2 dalam kereta...sambil tangan aku yang memegang stering kereta ditarik2....aku pun apa lagi...cepat2 balik nak hantar dia kat abah dia...but masa on the way balik adik ada cakap ada kedai buku baru buka kat Batu Enam..aku pun ap lagi dengan senang hati berhenti la kat kedai tuh....namun nasib blum lagi menyebelahi bila akak yang jaga kaunter tu cakap "buku tu doh abis stok dik...kalu adik nok gok kene tepoh lu ah....tapi tok tau agi bile sapa..."...


Percubaan ketiga...yang ni baru je berlaku...em...kali ni aku pegi sorang diri...em...senang skit nak pegi mane2 kalau sorang diri....apa lagi 1 bandar Kuala Terengganu aku pusing semata-mata nak cari sebuah buku...but what can i say is....susahnya nak cari buku tuh....huhuhuu....


Kesimpulannya...entah...apa pendapat korang?



Saturday, December 18, 2010

ulang tahun...(n_n)

Assalamualaikum wbt...

post ni dicoretkan khas  untuk adindaku Wan Nur Shahida bt W Jusoh yang telah memasuki usia 19 tahun pada hari ini ...so this is for u...



"Dan DIA mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan DIA memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani agar kamu bersyukur." [An-Nahl:78] 


 so...semoga panjang umo..murah rezki...dpt gud result in exam....n the most important thing is hidup diberkati n diredhai Allah...

Thursday, December 16, 2010

Wednesday, December 15, 2010

10 Muharam???...Apa Istimewanya?

Assalamualaikum wbt...


Haa...memandangkan arini dah masuk 9 Muharam 1432...bermakna bermula waktu Maghrib (15 disember) hingga waktu Maghrib esok (16 disember) adalah 10 Muharam 1432. Jadi, apa yang istimewanya 10 Muharam ni? Kepada yang mengetahui, Alhamdulillah...dan kepada yang belum mengetahui tak mengapa sebab saya akan kongsikan sedikit berita gembira kepada semua saudara/i...


Terdapat keistimewaan pada 10 Muharam iaitu banyak perkara sunat yang boleh dilakukan dan semestinya mendapat ganjaran pahala yang banyak oleh Yang Maha Pemurah...


Antara Perkara2 sunat pada 10 Muharam beserta ganjarannya ialah:


  1. Melapangkan masa / belanja anak,isteri  – Allah akan melapangakan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin, fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah, fadhilat – di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat, fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka  sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil hingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskn di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi sunat. Fadhilat – tidak sakit ( sakit berat ) pada tahun itu. Lafaz niat : “sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak. Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
  11. Sembahayang sunat 4 rakaat. Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura 4 rakaat keranan Allah Taala. ” . Pada rakaat pertama dan kedua selepas membaca al-fatihah dibaca Qulhuwallah sebelas kali.
  12. Membaca : “ Hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru ” . fadhilat – sihat sepanjang tahun.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa Sunat. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala” . Fadhilat – Diberi pahala berganda-ganda.
 Sekadar berkongsi dan renungan bersama.. Allahualam...

Kembali berceloteh...

Assalamualaikum wbt...

 Sedar tak sedar, sudah hampir 8 bulan saya tidak post apa2 bahan untuk tatapan pembaca sekalian...Mohon maaf sekiranya ada yang rase tak menyenanginya...bukan apa, sebenarnya satu semester yang cukup mencabar dengan penuh kesibukan kerja yang menguji kesabaran dan ketabahan sesiapa sahaja yang bergelar G U R U   P E R C U B A A N  .

Kesibukan dalam memenuhi kehendak pensyarah, guru pembimbing dan yang paling utama ialah dalam memenuhi kehendak anak murid yang dahagakan ilmu dari seorang yang bergelar guru...jadi perhatian sepenuhnya adalah perlu diberikan supaya mendapat hasil yang baik...

Apa2 pun...insyaAllah saya akan post sesuatu untuk tatapan semua....wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

papan kenyataan

Murid-murid kesayangan

Selamat datang