BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 6, 2011

stowriey of kaAsut....

Assalamualaikum wbt.

Kasut.....apa itu kasut? kenapa orang pakai kasut?...ok sebenarnya definisi sebenar kasut adalah sejenis alas kaki yang diperbuat daripada getah, kain, plastik dan lain2 yang bertujuan bagi memberi keselesaan kepada kaki si pemakainya bagi melakukan pelbagai xtvt.

Haa....kita dah tahu definisi kasut ...tapi cerita kali ni tak ada apa2 yang penting sangat....cuma sekadar nak berkongsi sedikit cerita disebalik kasut ni. Haa...sebelum tuh..cuba tengok kasut nih.....cantik tak?


Mestilah kasut nih cantik....kalo tak camner aku bleh terpikat ngan kasut nih....hehehe...Kasut ni telah dibeli oleh aku semalam (5 Jan 2011) kat Plaza Angsana...Harga janganlah tanya ye....but RM***.00....hehehe......kenapa aku beli kasut nih?...tak ada apa2 yang special sgt pun...cuma just nak pakai pergi kuliah....mcm dlm definisi tadi...untuk keselesaan....

Dah 2 tahun aku kat UTM tanpa memakai kasut ke kuliah....pakai selipar je...tapi lepas latihan mengajar aku rase lebih selesa memakai kasut.....maklumlah...kat sekolah kan wajib pakai kasut masa mengajar....hahaha...jadi aku berazam mulai sem ni aku nak pakai kasut dan baiki imej aku sebagai seorang mahasisiwa pendidik.....

Jadi aku rase kasut ni lah yang paling berkenan di hati....dan dah lame aku usha sebenarnya....hehehe...So...arini aku dah rasmi kasut baru ke kuliah masa kuliah kaedah penyelidikan dalam pendidikan....ada yang perasan....ada yang tak perasan dan ada yang buat2 tak perasan....hahaha....apa2 aje lah....yang penting aku bahagia....hehehe....

So korang camner?.....ok tak kasut nih?...

Wednesday, January 5, 2011

Fakta Atau Auta...

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.


4. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

5. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

6. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

7. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


8. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

9. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

10. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca blog ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. ehehehehhehehehehe eh…..Sentuh la telinga korang dgn siku sampai ia kena…….Tak normal la korang maknanya

Saturday, January 1, 2011

Back to the school.....new taste....

Assalamualaikum wbt.

Sebelum 2....aku nak ucapkan selamat tahun baru 2011 kat sume...semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya 2010....disarankan kita sume memasang azam untuk memperbaiki pencapaian kita samada dalam exam ataupun pencapaian dalam hidup kita.....

Back to the school? em...betul ke? Hehehe...balik ke universiti daa sebenarnya. Selepas 9 bulan lamenye utm ditinggalkan akhirnya aku balik semula ke utm. Utm ditinggalkan? Kenapa ek? Em sebenarnya semester lepas aku telah menjalani latihan mengajar di sebuah sekolah di Kluang.

Abis tu, kenapa new taste plak? Haa...yang tu lah sebenarnya aku nak share kat korang sume... Ok...memandangkan aku praktikel kat kluang selama 1 sem....jadi sem lepas aku tak apply kolej kediaman lah. Jadi untuk masuk sem baru ni aku kenalah apply....tak gitu?

Tapi...sem2 sebelum ni....dah 2 tahun (gamaknya).....aku menetap kat Kolej Tun Hussein Onn (kolej kesayangan....hehehe...)...then sem ni....rase nak duk kat kolej laen plak....hehehe.....so....bye2....KTHO...

Then, agak2 nye kolej mane plak aku apply?....haaa.....kenalkan....kolej baru aku.......hehehe......Kolej Tun Razak...





Em...knp ek aku pilih kolej nih?....em sebenarnya....saje je nak beralih angin....nak suasana baru.....sebenarnya.....sebelum praktikel ag aku duk usha kolej nih.....hahaha.....macam best je.....so ada kesmpatan nih apa lagi.....hahhaaha.....so check this out!






Tengok kaler hijau lagi....hahaha....walaupun suka kaler biru....tapi ok lah then ktho xde kaler......hahaha.....TERkutuk plak....hahaha.....then satu lagi yang best nye wifi pun laju.....hahaha....macam ktho gak......em....ok lah......sampai di sini saje.......see on the next post.....hehehe......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

papan kenyataan

Murid-murid kesayangan

Selamat datang