BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 17, 2011

Jawatan kosong.....

Assalamualaikum...

ceritanya camni.....tadi aku ada laa nampak satu iklan.....
iklan jawatan kosong.....
ganjarannya..............emmmm......
 agak lumayan gak.....

iklan nih aku nampak dalam facebook.....
walaupun kerja nih agak berat...
tapi aku rasa memang sangat berbaloi.....
and aku rasa takder laa berat sangat....

dah lama dah ada iklan nih.....
and aku harap korang akan terima job nih......
and aku pun dah terima job nih......boleh tambah pendapatan....

lebih-lebih lagi....bulan Ramadhan pun dah dekat nih.....

job nih boleh mula bila-bila masa je yang korang suka....
em....aku taknak cerita lebih-lebih....
baik korang tengok sendiri banner jawatan kosong nih......
jap ye aku letak gambar.....




p/s : hehehe.....amacam.......hahaha...credit to Aziz

Wednesday, July 13, 2011

Saturday, July 9, 2011

Koktail Buah

Assalamualaikum wbt....

Haa....semalam aku pegi pasaraya ngan kakak aku.....
sedang syok amik barang aku pun terpandang kat buah jeruk dalam tin.....
aku pun terfikir....
 "aish....buat koktail sedap neh.....dah lame tak makan neh..."

Aku pun apa agi....aku pegi kat kakak aku aku cakap....
"Mah...nok beli tu bleh dop?"
beliau pun cakap...
"mung nok buat ke?.....Mah malah ah nok buat...."

Aku pun apa agi.....dengan kompidennya aku cakap ye...
so beliau pun bagi.....
adeh....masak aku......bleh ke aku buat neh......
and then hari ni....petang tadi.....aku pun try buat.......

Nak tau tak jadi ke tidak?
.
.
.
.
.
.
ooo.....yeah.....menjadi......hahaha.......
thanks to Aziz.....hehehe

Ni dia.......buatan sendiri tau....hehehe.....



Siap untuk dimakan......



Sedap wooooooo......

p/s : tengok-tengok laaa yeee......nak bagi rasa tak boleh....hahaha....

Friday, July 8, 2011

Kentut ke aku?


Assalamualaikum wbt...




Baru lepas blogwalking.....adalah terbaca satu blog pasal letak lagu dalam blog.....
dan aku rasa agak terkilan bila perbuatan meletakkan lagu dalam blog......
diumpamakan seperti kentut dalam blog...
kita semua tahu kan bila bercakap pasal orang kentut alangkah hina dan sangat memalukan si 'pengentut'....

Adakah begitu hina meletakkan lagu dalam blog?
Adakah hina bagi diri kita mengembirakan diri sendiri?

Bagi blogger yang rasa demikian....ingatlah kita juga ada hati dan perasaan.....
jadi kita haruslah jaga hati dan perasaan orang lain gak.....
sebab perkara yang sama mungkin akan berlaku pada diri kita sendiri....
kerana semua manusia itu dilahirkan tidak sempurna dan macam-macam ragam....

Kentut itu busuk......namun ada nikmatnya......
tetapi jika hati yang busuk....apa boleh buat....
janganlah kita asyik mencari salah orang lain.....
dan janganlah mementingkan diri sendiri sampai mengguris perasaan orang lain....
tetapi seharusnya kita memilih alternatif yang lain......

Entry aku sebelum ni pun pasal lagu dalam blog.....sila tekan SINI...
ada yang komen negatif....namun ada yang komen positif.....
jadi.....fikir-fikirkanlah.....


Thursday, July 7, 2011

muzik dalam blog....perlu ke tak?

Assalamualaikum

Apa ye nak bincang dalam blog kali nih.....
ops lupa.....dah tulis kan tajuk kat atas tu pasal muzik dalam blog......
apa la nak pening-pening lagi nih....




Haa....kali ni aku nak tanya pendapat korang suma......
agak-agak laa kan...perlu ke muzik kita letak dalam blog...?
dan aku pun dah letak muzik kat blog aku nih....
bukan apa nak try and nak tgok.....
berat ke tidak....sesuai ke tidak....kalau aku letak muzik dalam blog aku nih......

Ermmm....kalau sape-sape yang agak-agak susah nak view page nih mintak maaf la ye.....
ada orang kata penting gak letak muzik sebab nak tarik perhatian...bla..bla..bla...
ada orang kata buat menyemak je.....menyusahkan...memberatkan.....bla..bla..bla...

Tapi bagi aku laa kan....letak pun takpe tak letak pun takpe....
tapi kalu nak letak pun....cari lah yang sesuai dan agak tidak memberatkan...
dan yang paling penting tidak menyusahkan orang lain....
lagu tuh mestilah yang menenangkan....
haa....sebab tu lah aku letak lagu Afgan Padamu Ku Bersujud nih.......

Sebenarnya aku dah lama nak try letak nih....
tapi memandangkan si gadis cantik molek Jijah dah letak lagu nih....so aku hold dulu...
tapi sekarang beliau dah tukar lagu so aku letak laa.....hahahaha....

So....apa kata korang pasal letakkan muzik dalam blog nih?
aku harap korang tinggalkan komen k....
sebab aku nak buat survey nih.....
sape yang tak setuju dan rasa tak berkenan pasal aku letak lagu atau nak suruh tukar lagu ke....
boleh lah tinggalkan komen.......

p/s: aku akan remove muzik dari blog aku nih kalau ada sekurang-kurangnya 10 orang rasa blog aku nih tak sesuai letak lagu.....

Wednesday, July 6, 2011

Thursday, June 30, 2011

Dialog Kawanku


Segmen Jom Reka Dialog oleh Ben Ashaari




Assalamualaikum...


Hari ni aku nak cerita pasal satu cerita dongeng yang.....emm...ntah lah....korang baca je lah aku nak cerita nih...


Pada suatu hari Putera Aziz bergaduh dengan kekasih hatinya Puteri Dayah dari kerajaan Laut yang telah menampar Puteri Aaina dari kerajaan Langit kerana sesuatu yang tak pernah dibuat orang....












Putera Aziz : Aye(nada marah).....bakpo demo g tapa Puteri Aaina?gapo saloh yo?


Puteri Dayah : Eeee(sambil mencakar tangan....ni sah2 selalu tengok cerita Semanis Kurma)...Haaaaaa.....cuba bau....tak busuk kan.....


Putera Aziz : Ya Allah......(pening-pening lalat)...Abis tu gapo masaloh nyo?


Puteri Dayah : Masalahnya...mulut Puteri Aaina tuh lagi busuk....tak boleh laa macam nih...nanti kalah laa Ayang dalam Kejuaraan Mulut Busuk Dunia...


Putera Aziz : Alahai Puteriku....takpo2...kekgi abe bagi adioh ubat gigi cap beruang putih ko yo so...






Diorang pun Happilly Ever After...

World Cup Qualifier 2014: Malaysia 2-1 Taiwan





Alhamdulillah....
sekalung tahniah buat pasukan Malaysia kerana telah memenangi perlawanan menentang Taiwan  semalam dalam perlawanan pusingan pertama kelayakan piala dunia zon asia semalam. 

Keputusan penuh Malaysia 2-1 Taiwan hasil jaringan wira Malaysia Syafiq Rahim dan Aidil Zafuan Abd Razak.

Sekali lagi tahniah dan selamat mara ke peringkat seterusnya...

Wednesday, June 29, 2011

Renungan~ Peristiwa Israk Dan Mikraj

Assalamualaikum....

Tuan punya blog nih xder lah terrer sangat bab2 agama nih....namun bab kata kawan bloggerku Sydin "kalau tidak mampu buat semuanya, jangan tinggal semuanya". jadi aku ingin ambil inisiatif untuk sahut seruan member bloggerku Jijah untuk sama2 beramal dengan share something untuk memperingatkan diri sendri dan rakan2 blogger yang baca blog nih....kalau korang semua dah baca Alhamdulillah....namun kalu belum....em...faham2 laa ye....

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj



Sebelum Israk dan Mikraj



Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.



Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)



Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

  1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
  3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata JibrailItulah orang yang makan riba`.
  7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail:Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata JibrailItulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata JibrailItulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata JibrailItulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah)


Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj



Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya:

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).




Diambil daripada Ain


Renung-renungkan dan selamat beramal ye....

Monday, June 27, 2011

D.U.I.T

Assalamualaikum...

Haa...arini aku nak citer pasal duit plak....boleh tak....hahaha...apa-apa pun aku nak citer pasal duit gak...tak kira korang nak baca ke tak...Haa tengok duit kat bawah nih....Uish banyak betul....tapi yang pastinya bukan duit aku....



Ok...arini bukanlah aku nak citer yang aku nih ada banyak duit ataupun yang aku nih takder duit...aku cuma nak tau penting tak duit dalam hidup kita.....ada yang cakap duit lah yang paling penting dalam hidup ada juga yang cakap benda lain....baca dialog kat bawah nih....

Orang A :
"eh duit ar yang paling penting kat dunia nih...tanpa duit kita x boleh makan, beli barang, cari tempat tinggal....nak sekolah agi...."
Orang B :
"mana ada...ada lagi yang lagi penting....kasih sayang lagi penting dari duit..." 
Orang C :
 "dua2 penting laar...."

 Em....apa pendapat korang?....hahaha.....bagi aku kan DUIT laa yang paling penting dalam hidup nih....tapi bukan duit yang kat bawah nih...



DUIT maksud aku.....

D-Doa
U-Usaha
I-Istiqamah
T-Tawakal

hahaha.....apa-apa pun....aaa luu pikir laa sendiri....Assalamualaikum.....

Saturday, June 25, 2011

Kembali dr KeHilangAn...

KEMBALI???....

YA!...
aku sudah kembali slps 3 bulan aku tak tulis apa2 kat sini....
Oh how dare i didn't post anything here for such a long time(entah betul ke tidak english aku nih)....
agak rindu terasa sudah lama tidak bersua...tapi kenapa ye...

Apa pulak kene mengena dengan kehilangan nih...
perlu ke aku bagitau kisah sedih ni ah....
em...nak bagitau ke tak...
aku dah lama rahsiakan benda nih...
member2 aku pun tak tau...
classmate pun tak tau....
ada jugak laa yang dapat tau...hehehe...

Ok lah...
aku bagitau gak lah kat sini...
sebenarnya 3 bulan yang lalu...
pada 16hb Mac 2011.....
my only laptop hilang dikebas orang....
dlm bilik...huhuhu...kes pecah masuk bilik.....




Haa...nih gamba ex-laptop 





So...suma benda yang ada dalam laptop tuh...
assignment, gambar2 kenangan family dan rakan2 matrik dan rakan2 UTM dan kenangan LM dll abis hilang....
so...aku sunyi sepi dari dunia blogging nih...

Huh....sekarang kat rumah dah....cuti sem...rase rindu nak menaip....so....
AKU MENAIP LAGI!!!

p/s : jaga harta benda elok2 k....

Sunday, March 13, 2011

SIAPAKAH AKU DISISI TUHANKU...



SIAPAKAH AKU DISISI TUHANKU...

SUBUHNYA...
Dimana ku berada,
Masih enak di dalam kelambu rindu,
Sambil berfoya-foya dgn waktu,
Masa bagaikan menderu,
Langkah tiada arah tuju,
Fikiran terus bercelaru,
Terlupa ku semakin dihujung waktu,
Siapa aku didepan TUHANKU?

ZOHORNYA...
Aku lebih memikirkan kelaparan, kehausan dan rehatku,
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku,
Aku bertolak ansur dengan waktu,
Aku terlupa betapa besar kerugian,
Jika kumenggadaikan sebuah ketaatan,
Siapa aku didepan TUHANKU?

ASARNYA...
Aku lupa warna masa,
Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak,
Aku masih dengan secawan kopi,
Terlalu panas tak dihujung kepala,
Aku masih bercerita,
Tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka,
Siapa aku di depan TUHANKU?

MAGHRIBNYA...
Aku melihat warna malam,
Tapi aku masih berlegar disebalik tabirnya,
Mencari sisa-sisa keseronokan,
Tidak terasa ruang masa yang singkat,
Jalan yang bertingkat-tingkat,
Siapa aku di depan TUHANKU?

ISYA'NYA...
Kerana masanya yang panjang,
Aku membiarkan penat menghimpit dadaku,
Aku membiarkan kelesuan mengganguku,
Aku rela terlena sambil menarik selimut biru,
Bercumbu-cumbu dengan waktuku,
Siapa aku di depan TUHANKU?

Kini aku menjadi tertanya-tanya,
Sampai bila ku melambatkan sujudku,
Apabila azan berkumandang lagi,
Aku tidak akan membiarkan Masjid sepi,
Kerana dihujung hidup ada mati,
Bagaimana jenazah dibawa solat disini,
Jika ruangku dibiar kosong,
Jika wajahku menjadi asing,
Pada mentari dan bintang-bintang...

Thursday, March 10, 2011

Peranan Guru mengikut pandangan Al-Ghazali


Abdul Salam Yussof (2003) telah menggariskan lapan tugas dan kewajipan guru di sekolah. Berdasarkan apa yang dinyatakan dalam kitab karangan Imam Al-Ghazali yang begitu hebat pengaruhnya iaitu Ihya Ulum Al-Din dan Mizanul Amal. Antaranya ialah:

1.     Guru perlulah ikhlas bekerja kerana Allah SWT, tidak boleh hanya mengharapkan upah dan pembalasan dan ucapan terima kasih daripada tugas.
2.     Guru mesti mempunyai belas kasihan kepada pelajar-pelajarnya.
3.     Guru hendaklah menasihati para pelajarnya tentang cara-cara belajar.
4.     Guru perlu menjaga maruah dan imej pelajar dari segi psikologi.
5.     Guru yang mengkhusus dalam bidang tertentu tidak boleh memperkecilkan bidang-bidang ilmu yang lain.
6.     Guru perlulah mengajar mengikut kesesuaian tahap kemampuan akal pemikiran pelajarnya.
7.     Guru perlu mengajar dengan jelas kepada pelajar yang lambat memahami sesuatu perkara.
8.     Guru perlulah mengamalkan apa yang diajar.

Dalam soal keikhlasan ini, Imam Al-Ghazali menyebut bahawa:

“Wajib membetulkan niat murid-murid, maka wajib juga membetulkan niat guru, bahkan itu adalah lebih penting kerana ibadat mengajar lebih penting daripada ibadat belajar.”

Dipetik dan sedikit ubahsuai dari buku Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik oleh Razali Saaran

Monday, March 7, 2011

Dipaksa memFolo blog....grrr!!!


Assalamualaikum wbt....

korang pernah tak dipaksa memfolo blog......
aku rase sume yang bergelar blogger mesti pernah kan.....
aku bengang btul lah dengan blogger2 yang camni....
dia melawat....pastu tulis kat Shoutmix suruh folo dia....

who the hell are you....

ko dtg then suruh folo....
bukan ko folo aku pun......
bukanlah aku nak sangat blog aku nih di folo.....
tapi takkan lah ko sanggup buat camtu....
tak malu ke?

untuk pengetahuan.....aku nih memilih gak blog yang aku nak folo....
so....blog2 yang aku folo tu adalah blog yang terpilih....
sape yang datang and letak link aku akan tengok....
kalo aku minat aku folo lah......bukan secara terpaksa.....
tapi kalo macam kes nih....sori ah....aku takkan terjah pun blog kau....



tengok yang dalam bulatan kuning tu.....
sori ah ye....aku reveal terus sape2 yang buat nih....
dia nih bukan lah follower aku....tp dtg suruh folo plak....
bukan sekali.....banyak kali plak tu letak link kat sini.....

Ouke!....tu je kot yang aku nak cerita....

p/s: sori kasar skit.....jiwa masih berasap nih......

Saturday, March 5, 2011

Kepala terbakar...hati terbakar... jiwa terbakar....

Assalamualaikum wbt...

Adus...byk betul dugaan menimpa...
semalam baru aku lepas satu test killer subjek....
test REAL ANALYSIS.....
saper yang pernah amik subjek nih akan fahamlah...

bayangkan hampir 15 theorem aku hafal...
2-3 hari nih aku tidur kul 3-4 pagi....
bayangkan aku tidur hanya purata 3 jam sehari.....
semata-mata nak hafal theorem2 tu sume.....

semalam...mase test bleh tak igt plak....
memang sume soklan yang masuk antara yang aku hafal....
tapi apakan daya....tak sume kita akan ingat....
memang panas kepala hotak aku nak mikir....

selesai test...aku pegi laa makan ngan member....
lapar giler kot....dr petang tak makan.....
ada ke bleh sejam nunggu order tak sampai2....
pergi tanye MAKCIK kedai tuh.....
bleh dia kata....."sabar dik kita buat satu2"...
nak tau apa maksud dia......
dia akan kumpul sume order pastu kalo ada order yang same dia akan buat dulu....
aku taknak ar criter lebih aku harap korg faham....
pastu bleh dia cakap....
"dik kalo nak cepat jgn order...pegi la kgn nasi aym ke nasi lemak sana ke...."
Aiseh panas betul hati aku nih....
dahlah MAKCIK indon....

so kpd member2 yg kat utm....jgn mkn kat "BLUE CAFE" kat FKE (P19).....
adus....terbakor jiwa aku semalm......
rase geram je......

 
p/s: kalo ikutkan....cam cite hantu kak limah....."kita bakor je"

Wednesday, March 2, 2011

SelaMat hAri LaHir Mah

Allah selamatkan kamu!
Allah selamatkan kamu!
Allah selamatkan Mah WJ!
Allah selamatkan kamu!


Assalamualaikum wbt...
ouke!...cam bese lah wish tu aku tujukan untuk birthday person.....
tapi kali nih saper plak birthday person yang dimaksudkan?
jejaka kah.....atau si gadis kah.....

Ouke!
yang dimaksudkan ialah.....
.
.
.
.
.
.Tada....


Si gadis yang berbaju hijau nih ialah birthday girl yang dimaksudkan....
and...yang hensem kat tepi tuh ialah pakwe nyer....
percaya tak?.....hahaha.....

takde lah....beliau ialah kakak aku...
W Rahimah telah dilahirkan pada 2 Mac 1988....
so....arini...beliau menyambut kelahirannya yang ke 23...

Selamat hari lahir...
semoga panjang umur...
semoga murah rezki....
semoga diberkati dan dirahmati Allah...
di dunia dan di akhirat....

p/s: mah...makan byk skit....bagi gemuk skit...kehkehkeh~

Monday, February 28, 2011

Bahaya Panadol & Paracetamol


Doktor memberitahu, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda.
p/s: serik la aku xnk telan benda ni lagi..apa komen korang.?

Friday, February 25, 2011

UTM BoOk & cHocOLatE FaiR

beli...beli..mai beli...mai beli...lelong...lelong...
coklat...coklat...murah...murah....coklat murah...coklat murah....
buku..buku...macam-macam buku ada....
heheehehe...

Assalamualaiku wbt....
Haa....agak-agak camtu ke suasananya?
takde lah....apa-apa pun aku nak ajak korang sume...
jom datang beramai-ramai ke....



banyak betul coklat.....banyak betul buku....
banyak lagi aktiviti yang diadakan........ 
jom tengok gambar-gambar yang sempat aku snap....


buku-buku akademik....



buku cerita, novel, motivasi, dll...



sesuai bg awek nih....



kat sini kena beratur panjang nak beli coklat....



lagi coklat......

Antara aktiviti lain termasuklah....
-kuiz anjuran Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM-
-pameran Jabatan Keselamatan & Lalu Lintas UTM-
-derma darah-
-promosi linguaphone-
-jualan makanan-makana kesihatan IKS-
dan lain-lain....
tak lupa gak......cabutan bertuah......hehehe....


so....jangan lepaskan peluang....cepat-cepat datang....
arini hari last....sampai kul 6 ptg je....



Ni adalah antara coklat yang aku wat balik.....
murah je....
buatan Malaysia....taraf antarabangsa....(bagi aku la)
ouke!...tu je untuk entry kali nih....

p/s: coklat nih murah tapi sedap.......hekhekhek....

Thursday, February 24, 2011

Hari kelahiran anak bapak...

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Ayoh & Abg Ma...
Allah selamatkan kamu....


Ouke!

Assalamualakum wbt...

em...kalo tgok tajuk n wish kat atas mesti tau kan entry nih psl apa...
ouke...hari kelahiran anak bapak?
hehehe....
hari kelahiran ayah aku & abang aku....

hero yang pertama ialah....


ouke.....beliau ni adalah tak lain tak bukan.....
Ayahandaku yang tersayang....
pada 22 Februari 1951 beliau dilahirkan....
so...2 hari lepas merupakan ulang tahun kelahiran beliau yang ke-60..

hero yang kedua...





Ouke...beliau ni plak ialah Cikgu Wan Kamaruddin.....
hehehe...abg aku...
beliau dilahirkan pada 23 Februari 1978....
semalam menyambut kelahirannya yang ke-33.....
 
so...aku nak wish kat 2 orang hero kat atas nih.....
selamat hari lahir...
semoga panjang umur...
dimurahkan rezki.....
diberkati dan dirahmati Allah di dunia & di akhirat...

Wednesday, February 23, 2011

Anda Sangat Beruntung



“Setelah sekian lama kami menghambakan diri dalam bidang pendidikan ini kami tidak pernah kaya, maka bagaimana dikatakan beruntung. Gaji kami jika dibandingkan dengan kerjaya lain masih lagi ketinggalan. Misalnya seorang pekerja yang bekerja sebagai ekskutif di sebuah syarikat GLC yang terkenal di seluruh dunia mendapat gaji permulaan yang tinggi, hampir mencecah empat ribu sebulan. Itu belum lagi dicampur dengan elaun-elaun yang lain.”

            Wahai guru, jika itu yang menjadi ukuran untung atau rugi pada pandangan anda, maka anda silap. Sebagai bukti, mari kita perhatikan hadis-hadis di bawah ini.

Diriwayatkan dari Abu Darda’, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Manusia itu terbahagi kepada dua golongan. Pertama yang mengajar. Kedua, orang yang belajar, kemudian tidak ada yang lebih baik setelah itu (daripada keduanya).”
[Riwayat Imam Darumi]

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud:

“Ingatlah, sesungguhnya dunia ini terlaknat. Semua seisi dunia itu terlaknat kecuali orang yang ingat kepada Allah SWT atau melakukan sesuatu yang dekat dengan memperingatiNya dan orang yang mengajar serta orang yang belajar.”
[Riwayat Imam Tirmizi dan Ibnu Majah]

Diriwayatkan pula daripada Abu Umamah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah SWT, para malaikat, penghuni langit dan bumi, termasuk semut yang berada di dalam lubang dan ikan paus, sesungguhnya akan memberkati dan memberi rahmat kepada orang yang mahu mengajarkan kebaikan (ilmu) kepada manusia.”
[Riwayat Imam Tirmizi]

Diriwayatkan daripada Fudhail bin ‘Ayyad r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud:

“Orang berilmu yang berusaha mencipta, orang yang mahu mengajarkan ilmunya akan didoakan oleh seluruh penghuni kerajaan langit.”
[Riwayat Imam Tirmizi]

            Sekiranya material yang menjadi ukuran untung atua rugi buat anda yang bergelar guru, maka itu satu kesilapan besar. Mengertilah, bahawa dunia ini hanya bersifat sementara dan akhiratlah yang kekal abadi selama-lamanya. Hadis-hadis di atas sebagai bukti bekalan buat kita bertemu Allah SWT selagi mana kita ikhlas terhadapNya. Sebagai seorang guru, dua keberuntungan yang akan diperoleh. Iaitu semasa di dunia seperti kita dibayar gaji, dinaikkan pangkat, menerima anugerah dan dihormati oleh anak didik kita. Keduanya pula, apabila kita bertemu Allah nanti, InsyaAllah dengan syarat kita sentiasa mengikhlaskan hati di dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak didik semata-mata kerana Allah. Oleh itu yakin dan percayalah bahawa guru adalah kerjaya yang menguntungkan, biarpun tiadak sekaya mana semasa di dunia ini.

Dipetik dari buku Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik oleh Razali Saaran


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

papan kenyataan

Murid-murid kesayangan

Selamat datang