Abdul Salam Yussof (2003) telah menggariskan lapan tugas dan kewajipan guru di sekolah. Berdasarkan apa yang dinyatakan dalam kitab karangan Imam Al-Ghazali yang begitu hebat pengaruhnya iaitu Ihya Ulum Al-Din dan Mizanul Amal. Antaranya ialah:
1. Guru perlulah ikhlas bekerja kerana Allah SWT, tidak boleh hanya mengharapkan upah dan pembalasan dan ucapan terima kasih daripada tugas.
2. Guru mesti mempunyai belas kasihan kepada pelajar-pelajarnya.
3. Guru hendaklah menasihati para pelajarnya tentang cara-cara belajar.
4. Guru perlu menjaga maruah dan imej pelajar dari segi psikologi.
5. Guru yang mengkhusus dalam bidang tertentu tidak boleh memperkecilkan bidang-bidang ilmu yang lain.
6. Guru perlulah mengajar mengikut kesesuaian tahap kemampuan akal pemikiran pelajarnya.
7. Guru perlu mengajar dengan jelas kepada pelajar yang lambat memahami sesuatu perkara.
8. Guru perlulah mengamalkan apa yang diajar.
Dalam soal keikhlasan ini, Imam Al-Ghazali menyebut bahawa:
“Wajib membetulkan niat murid-murid, maka wajib juga membetulkan niat guru, bahkan itu adalah lebih penting kerana ibadat mengajar lebih penting daripada ibadat belajar.”
guru ibarat lilin.. dan anda juga bakal mnjadi lilin. bsedia tuk mbakar diri anda.. hehe =)
ReplyDeleteguru ibarat matahari.....menyinari seluruh alam....
ReplyDelete