BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 3, 2009

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!


Dewan Sultan Idris, UTM, 03 Mei 2009 - Detik jam 1100 merupakan detik yang agak mengembirakan aku dan rakan2 yang lain. Hari ini merupakan hari terakhir aku bergelut dengan cabaran peperiksaan akhir semester 2 sesi 08/09 ini. Aku menyudahkan dengan se'perfect' yang mungkin.

Semua debaran selama hampir sebulan ini dilepaskan dengan menjawab kertas akhir iaitu psikologi pendidikan yang mana subjek yang agak sukar bagiku dan selama ini amat dibenci olehku. Tetapi syukur kehadrat Illahi kerana aku dapat menjawabnya. Begitu juga dengan subjek2 lain yang juga agak sukar.

Tetapi itu semua sudah tidak penting. Apa yang penting buat masa sekarang aku ingin pulang ke kampung halamanku untuk menemui Bonda dan Ayahandaku serta ahli keluargaku yang tercinta kerana sudah sekian lama aku tidak menatap wajah mereka 'face to face'.

Apa yang perlu dilakukan sekarang ini hanyalah berdoa semoga aku mendapat keputusan yang baik kerana dengan itu aku dapat mengembirakan kedua orang tuaku yang selalu menaruh harapan kepadaku.

Amin...

1 comment:

  1. ko tipu.. aku mana abis lagi exam.. huhuhuhu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

papan kenyataan

Murid-murid kesayangan

Selamat datang