BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 15, 2010

10 Muharam???...Apa Istimewanya?

Assalamualaikum wbt...


Haa...memandangkan arini dah masuk 9 Muharam 1432...bermakna bermula waktu Maghrib (15 disember) hingga waktu Maghrib esok (16 disember) adalah 10 Muharam 1432. Jadi, apa yang istimewanya 10 Muharam ni? Kepada yang mengetahui, Alhamdulillah...dan kepada yang belum mengetahui tak mengapa sebab saya akan kongsikan sedikit berita gembira kepada semua saudara/i...


Terdapat keistimewaan pada 10 Muharam iaitu banyak perkara sunat yang boleh dilakukan dan semestinya mendapat ganjaran pahala yang banyak oleh Yang Maha Pemurah...


Antara Perkara2 sunat pada 10 Muharam beserta ganjarannya ialah:


  1. Melapangkan masa / belanja anak,isteri  – Allah akan melapangakan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin, fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah, fadhilat – di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat, fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka  sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil hingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskn di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi sunat. Fadhilat – tidak sakit ( sakit berat ) pada tahun itu. Lafaz niat : “sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak. Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
  11. Sembahayang sunat 4 rakaat. Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura 4 rakaat keranan Allah Taala. ” . Pada rakaat pertama dan kedua selepas membaca al-fatihah dibaca Qulhuwallah sebelas kali.
  12. Membaca : “ Hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru ” . fadhilat – sihat sepanjang tahun.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa Sunat. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala” . Fadhilat – Diberi pahala berganda-ganda.
 Sekadar berkongsi dan renungan bersama.. Allahualam...

3 comments:

  1. selamat beramal!! =D jom sggh blog aku. =)

    ReplyDelete
  2. ohh begitu....thanks...ilmu baru..,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

papan kenyataan

Murid-murid kesayangan

Selamat datang