BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 20, 2010

The End of The Semester II 09/10


Assalamualaikum w.b.t. kepada semua sahabat yang membaca blog ini. Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah SWT, tuhan sekelian alam dan semoga sejahtera dan dilimpahi ramat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Ku ingin memanjatkan kesyukuranku ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya aku masih berada disini dan diberi keizinan untuk menulis blog ini. Sedar tak sedar semester ke-4 ini telah berakhir. Dengan berakhirnya waktu menjawab soalan kertas yang terahir td iaitu pada pukul 11.15am menandakan tamatlah sesi pembelajaranku di UTM untuk semester ini.

Walaupun semester ini dipenuhi dengan tugasan yang melambak-lambak yang membuatkan aku 'down' tp sedar tak sedar semua itu sudah pun berakhir. Ada juga rasa marah kat lecturer sbb bg byk tugasan tp nak buat macam mana kena lah buat juga.hehehehe....

Apa-apapun aku ingin berterima kasih kat pesyarah-pensyarah yang sudi memberi tunjuk ajar, tidak lupa kepada rakan-rakan yang setia dan sedia untuk membantuku dalam memahami isi pelajaran. Khasnya aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabatku yang bernama Al-Amin, Jue, Bukhari, Q, Aina, Salwa, Fasehah, Syeri, Kak Suzie, Kak Saila, Kak Emma, Sudiana dan lain-lain yang tertinggal. Tanpamu siapalah aku di UTM ini...

Akhir kata, semoga kita semua mendapat keputusan yang baik dengan keizinan-Nya atas usaha yang telah kita lakukan sehingga ke hari ini. Amin ya Rabbal aalamin...Selamat balik kampung dan berjumpa dengan Ayahanda dan Bonda dan ahli keluarga yang tersayang....Selamat bercuti!!! (jgn lupa prepare untuk LM sem depan....huhuhuhu~~~)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

papan kenyataan

Murid-murid kesayangan

Selamat datang