Perkataan ‘guru’ berasal dari bahasa Sanskrit yang membawa maksud pengajar, pendidik, Mudaris dan pengasuh (Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas). Manakala menurut kamus dewan, guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Abdul Salam Yussof (2003) pula mengatakan bahawa Imam Al-Ghazali mengistilahkan guru itu sebagai Al-Mudarris (pengajar), Al-Muaddib (pendidik), Al-Mu’alim (guru) dan Al-Walid (orang tua).
Secara umumnya, dapatlah difahami bahawa guru adalah golongan yang ditugasnya menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni kepada seseorang individu atau kumpulan tertentu. Guru yang dimaksudkan di sini, boleh jadi mereka yang mengajar di sekolah kerajaan atau swasta, pusat pengajian tinggi awam atau swasta, atau apa jua institusi yang dalamnya wujud dua unsur utama iaitu mengajar dan yang diajar. Contohnya individu yang mengajar Al-Quran di rumah, pakar seni silat yang mengajar di pusat latihannya sendiri ataupun individu yang membuka kelas masakan di tempat yang tertentu, bolehlah dianggap sebagai guru kerana mereka mengajar dan adanya golongan yang diajar. Namun, dalam konteks guru yang dibincangkan di sini, ia lebih mengarah kepada guru-guru yang mengajar di sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi yang sememangnya dilatih untuk menjadi guru dengan berbekalkan kaedah-kaedah tertentu yang sesuai diguna pakai di pusat-pusat pengajian samada di peringkat rendah, menengah mahupun universiti.
Selain itu, tidak semua boleh digelar guru melainkan mereka benar-benar arif dalam bidang tersebut dan terlatih kerana pendidik itu adalah satu profesion yang memerlukan kepada ilmu dan kemahiran yang khusus. Tanpa ilmu berkaitan perguruan, maka ia dianggap bukan pendidik yang sebenar berdasarkan pandangan profesion perguruan itu sendiri.
Firman Allah SWT dalam Al-Quran, maksudnya:
“(Apakah kamu wahai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah, adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”
[az-Zumar : 9]
Dengan ini, dapatlah dikatakan bahawa guru adalah suatu profesion yang memerlukan kemahiran tertentu sebelum mereka benar-benar boleh bergelar seorang guru.
Dipetik dari buku Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik oleh Razali Saaran
sebb itulah guru ini dikatakan bidang profesional..kerana ia memerlukan kemahiran atau kepakaran. tetapi guru juga kena lebih berilmu dan tidak terlalu terkongkong dengan bidangny sahaja.
ReplyDeleteerm..betul2...
ReplyDeletesape kate profesion perguruan bertaraf rendah?
igt senang ke nak bleh jd guru?...
saya tak kata....saya tak kata..hehehehe
ReplyDeletesape yg kate tuh memang x bermoral......
ReplyDeleteceh marah plop.....
tp yg menyedihkan.....
segelintir cikgu sendiri kate gitu....
huhuhu....
Salam : Anda berdua Contoh guru profesional...
ReplyDeleteSemoga terus sukses dlm bidang yg begitu mulia ini..
Ikhlas daripada : Penulis Buku " Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik"..
Terima Kasih Krn Membaca Buku Saya..
Assalam...
ReplyDeleteCikgu zalie:
tq sbb sudi kunjung blog yg x seberapa ni....
rasa terharu dpt kunjungan seorng penulis yg hebat spt cikgu...
sori sbb x bgtau nak guna penulisan cikgu tuh....
tp harap2...lepas nih lebih ramai golongan guru akan bc buku nih....
=D
cikgu Nazrie: tak per cikgu, gunalah tulisan saya itu..saya mmg menulisnya utk disampai2kan...
ReplyDeletesaya juga terharu krn cikgu sudi memasukkan tulisan saya dlm blog cikgu...buku ini, buku biasa2 ajer..smg memberi sedikit manfaat buat cikgu..cikgu mengajar maner? smg menjadi guru yg hebat..sehebat RAsulullah
Alhamdulillah....
ReplyDeletesaya blum lg tamat pengajian....bru tahun 3 dlm pendidikan matematik....
tapi dah pernah rasa sendiri mengajar....sbb sem lepas dah praktikel kat skolah.....
seronok mengajar nih....
Insyaallah...Rasulullah dijadikan idola.....
ohoo...msh belajar yer..kat maner..insyaAllah lagi setahun lah yer nak abis..bykkan membaca buku2 yg bermanfaat tuk P&P sblm cikgu bergelar guru sebenar..hanya ilmu sahaj yg akan membezakan cikgu dgn guru2 yg lain..
ReplyDeleteEm....btul2...ilmu membezakan martabat seseorang....skrg nih masih blajar kat utm....
ReplyDeleteInsyaAllah...grad tahun 2012.....cikgu ajar subjek apa?
saya ajar subjek prinsip perakaunan tingkatan 5...utm? dekat jer ngan saya...sy diJB :)
ReplyDeleteooo....cabang kira-kira gak la....ngajar skolah mane?
ReplyDeletebegitulah ceritanya cikgu...kira2 sesuatu yg menyeronokkan..tp org melayu ramai yg tak berapa menguasai subjek ini...saya mengajar di smk taman daya 2, taman daya..dekat dgn bandar dato'onn tepi highway tuh..
ReplyDeleteooo....dkt je lah ngan utm....
ReplyDeletebtul2...kira2 memang best....
ntah lah knp ramai yg x minat...