BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 23, 2011

Anda Sangat Beruntung



“Setelah sekian lama kami menghambakan diri dalam bidang pendidikan ini kami tidak pernah kaya, maka bagaimana dikatakan beruntung. Gaji kami jika dibandingkan dengan kerjaya lain masih lagi ketinggalan. Misalnya seorang pekerja yang bekerja sebagai ekskutif di sebuah syarikat GLC yang terkenal di seluruh dunia mendapat gaji permulaan yang tinggi, hampir mencecah empat ribu sebulan. Itu belum lagi dicampur dengan elaun-elaun yang lain.”

            Wahai guru, jika itu yang menjadi ukuran untung atau rugi pada pandangan anda, maka anda silap. Sebagai bukti, mari kita perhatikan hadis-hadis di bawah ini.

Diriwayatkan dari Abu Darda’, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Manusia itu terbahagi kepada dua golongan. Pertama yang mengajar. Kedua, orang yang belajar, kemudian tidak ada yang lebih baik setelah itu (daripada keduanya).”
[Riwayat Imam Darumi]

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud:

“Ingatlah, sesungguhnya dunia ini terlaknat. Semua seisi dunia itu terlaknat kecuali orang yang ingat kepada Allah SWT atau melakukan sesuatu yang dekat dengan memperingatiNya dan orang yang mengajar serta orang yang belajar.”
[Riwayat Imam Tirmizi dan Ibnu Majah]

Diriwayatkan pula daripada Abu Umamah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah SWT, para malaikat, penghuni langit dan bumi, termasuk semut yang berada di dalam lubang dan ikan paus, sesungguhnya akan memberkati dan memberi rahmat kepada orang yang mahu mengajarkan kebaikan (ilmu) kepada manusia.”
[Riwayat Imam Tirmizi]

Diriwayatkan daripada Fudhail bin ‘Ayyad r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud:

“Orang berilmu yang berusaha mencipta, orang yang mahu mengajarkan ilmunya akan didoakan oleh seluruh penghuni kerajaan langit.”
[Riwayat Imam Tirmizi]

            Sekiranya material yang menjadi ukuran untung atua rugi buat anda yang bergelar guru, maka itu satu kesilapan besar. Mengertilah, bahawa dunia ini hanya bersifat sementara dan akhiratlah yang kekal abadi selama-lamanya. Hadis-hadis di atas sebagai bukti bekalan buat kita bertemu Allah SWT selagi mana kita ikhlas terhadapNya. Sebagai seorang guru, dua keberuntungan yang akan diperoleh. Iaitu semasa di dunia seperti kita dibayar gaji, dinaikkan pangkat, menerima anugerah dan dihormati oleh anak didik kita. Keduanya pula, apabila kita bertemu Allah nanti, InsyaAllah dengan syarat kita sentiasa mengikhlaskan hati di dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak didik semata-mata kerana Allah. Oleh itu yakin dan percayalah bahawa guru adalah kerjaya yang menguntungkan, biarpun tiadak sekaya mana semasa di dunia ini.

Dipetik dari buku Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik oleh Razali Saaran


7 comments:

  1. mekacih2....aku harap lagi ramai cikgu kat luar sana baca nih....

    ReplyDelete
  2. mcm best je buku neh...

    thanks kongsi..

    ReplyDelete
  3. IQ:
    slmt pg murid2.....hehehe...

    Tulip:
    buku nih best gak ah....sbb ye 'relate'kan cara islam dlm pengajaran...

    ReplyDelete
  4. “Setelah sekian lama kami menghambakan diri dalam bidang pendidikan ini kami tidak pernah kaya, maka bagaimana dikatakan beruntung. Gaji kami jika dibandingkan dengan kerjaya lain masih lagi ketinggalan. Misalnya seorang pekerja yang bekerja sebagai ekskutif di sebuah syarikat GLC yang terkenal di seluruh dunia mendapat gaji permulaan yang tinggi, hampir mencecah empat ribu sebulan. Itu belum lagi dicampur dengan elaun-elaun yang lain.”

    sape cakap benda ni?

    ReplyDelete
  5. saper ckp?

    golongan2 yg x fhm apa makne sbnr untung rugi....

    btul x?

    hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

papan kenyataan

Murid-murid kesayangan

Selamat datang